Follow by Email

Friday, November 26, 2010

Jiwa Keusahawanan PELAJAR PONDOK PASIR PUTIH

Kita mungkin sudah biasa mendengar hadis ini, “ Sembilan daripada sepuluh punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak.” Persoalannya sejauh mana kita sebagai umat Islam merebut peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan?Kebanyakan ibubapa merasakan jika anak-anak mereka berjaya menjawat jawatan profesional dan kerja makan gaji maka itu sudah menjamin kejayaan dalam hidup. Sikap sebegini haruslah dihindari agar kita dapat menjadikan keusahawanan dan perniagaan adalah warisan Nabi Muhammad SAW. Keusahawanan bukanlah bakat melainkan nilai-nilai yang ditanam sejak kecil sehingga menjadi kemahiran hidup.

Dalam tradisi keluarga peniaga Cina, ibubapa mula melibatkan anak-anak yang masih kecil dalam aktiviti perniagaan . Mereka juga sentiasa mengingatkan anak-anak supaya berjimat cermat. Ibubapa memulakan pendidikan keusahawanan sejak awal bagi mewariskan semangat dan jiwa berniaga kepada anak-anak mereka.

Semangat keusahawanan perlu ditanamkan sejak awal iaitu kepada anak-anak yang cemerlang dalam sikap dan pemikiran di peringkat sekolah rendah lagi. Dengan ini anak-anak yang cemerlang dapat memutuskan jalan hidupnya menjadi usahawan ataupun menjadi pencipta pekerjaan kepada orang lain. Harus diingat Nabi Muhammad SAW mula berniaga sejak berusia 12 tahun.

Kesimpulan dan Penutup

Keusahawanan adalah langkah bagi memperjuangkan kekayaan supaya dunia ini tidak menjadi penjara. Dalam hal ini kekayaan kerap disebut sebagai ‘kebebasan kewangan’. Umat Islam perlu menambahkannya menjadi ‘keberkatan kewangan’. Dengan kata lain, kekayaan yang kita usahakan dan miliki mengundang berkat daripada Allah sehingga kita memiliki kekuatan untuk berkongsi kekayaan itu dan mengurusnya dengan sebaik-baiknya.

http://wanitaisma2009.wordpress.com/2010/04/01/membina-semangat-dan-jiwa-keusahawanan-dalam-kalangan-orang-islam/

No comments: